1. Unsur-unsur linguistik bahasa ibunda dalam penulisan
Aspek leksikal merupakan aspek bahasa Melayu yang paling banyak menerima pengaruh bahasa ibunda murid-murid India. Pengaruh tersebut terdapat 145 patah perkataan bersamaan 74.36%. Pengaruh tersebut merangkumi proses penggantian, penambahan dan penghilangan fonem-fonem bahasa Melayu. Proses penggantian fonem vokal bahasa Melayu paling kerap berlaku dalam karangan bahasa Melayu murid-murid India. Contohnya:
a. Penggantian /e/ kepada /a/ | |||||
cerita | menjadi | carita | |||
kepada | menjadi | kapada | |||
b. Penggantian /a/ kepada /o/ | |||||
sangat | menjadi | songat | |||
nama | menjadi | namo | |||
c. Penggantian /e/ kepada /i/ | |||||
terima | menjadi | tirima | |||
rehat | menjadi | rihat | |||
d. Penggantian /u/ kepada /o/ | |||||
puku | menjadi | pukol | |||
untuk | menjadi | untok | |||
e. Penggantian /i/ kepada /e/ | |||||
habis | menjadi | habes | |||
pilihan | menjadi | pilehan | |||
Terdapat tujuh proses penggantian fonem konsonan, iaitu:
a. | Penggantian konsonan /b/ kepada /p/ | ||
bandar | menjadi | pandar | |
b. | Penggantian konsonan /p/ kepada /b/ | ||
pecah | menjadi | bicah | |
c. | Penggantian konsonan /f/ kepada konsonan asli /p/ | ||
faedah | menjadi | paedah | |
d. | Penggantian /g/ kepada /k/ | ||
bagus | menjadi | bakus | |
e. | Penggantian /k/ kepada /h/ | ||
awak | menjadi | awah | |
f. | Penggantian /w/ kepada /v/ | ||
kawan | menjadi | kavan | |
g. | Penggantian konsonan /n/ kepada konsonan /m/ | ||
tanpa | menjadi | tampa |
Proses penambahan fonem juga berlaku.
a. | Penambahan vokal depan rendah /a/ | ||
harga | menjadi | haraga | |
b. | Penambahan konsonan /h/ | ||
meja | menjadi | mejah | |
jumpa | menjadi | jumpah | |
c. | Penambahan konsonan /w/ | ||
semua | menjadi | semuwa |
Proses penghilangan juga berlaku
a. | Penghilangan vokal tengah agak tinggi /e/ | ||
terima | menjadi | trima | |
b. | Penghilangan vokal /a/ | ||
soalan | menjadi | solan | |
c. | Penghilangan konsonan /h/ | ||
sekolah | menjadi | skola | |
d. | Penghilangan konsonan /k/ | ||
tak mahu | menjadi | tamau | |
e. | Penghilangan konsonan /g/ | ||
menggunakan | menjadi | mengunakan | |
f. | Penghilangan konsonan /r/ | ||
besar | menjadi | besa |
Proses Pemindahan Bahasa Ibunda
Dua perkataan bahasa Tamil digunakan dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Perkataan-perkataan itu adalah:
/kaasi/ kasi wang
/maata/ mata polis
Sewaktu murid-murid India berinteraksi sesama mereka terdapat fenomena percampuran kod bahasa Melayu-Tamil. Fenomena tersebut berlaku di peringkat penghasilan ayat. Ayat penyata paling banyak menghasilkan percampuran kod Melayu-Tamil.Contoh:
1. Saya sura ada tulis.
(Saya ada menulis surat)
2. Itu vakkul suda peno.
(Bakul itu sudah penuh)
3. Dia kooli kerja ada buat
Dia membuat kerja buruh (kuli)
Para pelajar perlu terlebih dahulu mengetahui jenis-jenis kesalahan yang berlaku di sesebuah wacana: hal Ini boleh diringkaskan seperti berikut:
Jenis kesalahan | Contoh kesalahan | Pembetulan |
1. keselarasan vokal akibat pengaruh dialek kata tiga suku kata tertutup akibat kekecualian bagi kata pinjam serantau | sibar, hibuh, sebok, sinarai kelumpok, celotih, kelungsung calun, pelancung, awit, bunglun | sebar, heboh, sibuk, senarai kelompok, celoteh, kelongsong calon, pelancong, awet, bunglon |
2. Ejaan kata pinjaman: akibat pengaruh ejaan bahasa sumber bagi kata yang sudah mantap kekeliruan antara bunyi sebutan dengan sistem visual ejaan ejaan kata khusus yang mengunakan nombor | plan, gran, klas teknoloji, otomotik, karban, oksijen, abad ke20 tahun 60an | pelan, geran, kelas teknologi, automatik, karbon, oksigen abad ke-20 tahun 60-an |
3. Ejaan kata terbitan: awalan meN-, peN-, beR- akhiran -kan, -i | mengaru, mensenaraikan | menggaru, menyenaraikan |
4. Ejaan Kata Majmuk kata majmuk yang dieja sebagai stau perkataan kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan kata majmuk yang mendapat apitan | jawatan kuasa, antara bangsa, bagai mana ambilalih, ibubapa, kuatkuasa menguat kuasakan, menganak tirikan, menemu dugai | jawatankuasa, antarabangsa, bagaimana ambil alih, ibu bapa, kuat kuasa menguatkuasakan, menganaktirikan, menemuduga |
salah | Betul |
Cili sos Mini perpustakaan Zaleha Restoran Jaya Klinik | Sos cili Perpustakaan mini Restoran Zaleha Klinik Jaya |
Kata jamak
salah | betul |
mereka-mereka semua kereta-kereta para-para pelajar empat orang abang-abang | mereka semua kereta para pelajar empat orang abang |
kata penguat
salah | betul |
sangat tinggi sekali sungguh jauh sekali paling indah sekali amat menakutkan sekali | sangat tinggi sungguh jauh paling indah amat menakutkan |
kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat.
Salah | betul |
Sani mendapat markah yang tertinggi sekali. Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu. | Sani mendapat markah yang tertinggi . Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan itu. |
kata hubung
salah | betul |
Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya. Badannya besar kecuali kakinya kecil. | Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya. Badannya besar tetapi kakinya kecil. |
Kata bilangan
salah | betul |
Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”. Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya. | Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”. Beribu- ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya. |
7. Kata Sendi
i - Dari
salah | betul |
Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu. Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh. | Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu. Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh. |
ii - Daripada
salah | betul |
Tilam itu dibuat dari getah asli. Sukarmi lebih tinggi dari abangnya. Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama. | Tilam itu dibuat daripada getah asli. Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya. Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama. |
iii - Pada
salah | betul |
Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan. Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam. Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara. | Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan. Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam. Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara. |
iv - Di
salah | betul |
Saya dilahirkan diSarawak. Ayah awak bekerja dimana ? | Saya dilahirkan di Sarawak. Ayah awak bekerja di mana ? |
Penjodoh bilangan
salah | betul |
Setiap orang pelajar. Sesetengah orang rakyat. Seluruh buah negeri. Semua ekor binatang. | Setiap pelajar. Sesetengah rakyat. Seluruh negeri. Semua binatang. |
Kata ganti diri
salah | betul |
Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis. “Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya. | Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis. “Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya. |
Kata adjektif
salah | betul |
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar lazat. Pemandangan di pantai yang nian indah itu mempesonakannya. | Masakan yang dihidangkan oleh ibunya lazat benar.. Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya. |
kata kerja transitif
salah | betul |
Ibu sedang jahit baju kurung. Ayah selalu cuci keretanya. | Ibu sedang menjahit baju kurung. Ayah selalu mecuci keretanya. |
Ayat pasif
salah | betul |
Cerpen itu telah dikarang oleh saya. Latihan itu mesti dibuat oleh kau. | Cerpen itu telah saya karang.. Latihan itu mesti kaubuat. |
Kata tanya
salah | betul |
Kamu berasal dari manakah ? Apa nama pengawas itu ? Bila ayah akan pulang ? Binatang peliharaan awak bernama siapa ? | Kamu berasal dari mana ? Siapakah nama pengawas itu ? Bilakah ayah akan pulang ? Binatang peliharaan awak bernama apa ? |
Ejaan
salah | betul |
Kanak-kanak itu di bawa oleh ibunya ke hospital. Kucing itu tidur dibawah meja. Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu. Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab. Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak. Orang tua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu. | Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital. Kucing itu tidur di bawah meja. Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu. Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab. Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang bongsu. |