Kali ini saya akan senaraikan beberapa kesalahan ejaan yang sering dilakukan oleh pelajar. Bagaimanapun rasanya saya juga tergolong di kalangan orang-orang yang sering salah dalam mengeja perkataan-perkataan di bawah. Meskipun pernah menjadi guru bahasa Melayu, saya sendiri tidak terlepas dari membuat silap. Yelah, dah manusia mana ada yang sempurna. Saya sebenarnya lebih mahir dalam bidang lukisan berbanding dengan penulisan…oh…
Berikut ialah kesalahan ejaan paling popular yang sering dilakukan:
KESALAHAN……………PEMBETULAN
Kebanyakkan……………… kebanyakan
berkerjasama………..…….. bekerjasama
kadang-kala……………..….kadangkala
penyalah gunaan……..……..penyalahgunaan
Disamping itu………..……..Di samping itu
kerosakkan…………………kerosakan
anti-merokok……………….antimerokok
serious……………..……….serius
terguris……………………..tergores
seringkali …………………..sering kali
biadap……………………….biadab
television………..….……….televisyen
penguatkuasa…….…………penguat kuasa
dairi ………….…….……….diari
barang kali…………………..barangkali
mengulangkaji….….………..mengulang kaji
menyosalsiasat…… .………..menyoal siasat
bersatu-padu………. ………..bersatu padu
ibu-bapa……………………..ibu bapa
pasca kemerdekaan………….pascakemerdekaan
Inilah antara ejaan yang sering menjadi kesalahan utama dalam penulisan karangan. Selepas ini cubalah buat rujukan dahulu jika tidak pasti cara mengeja perkataan-perkataan di atas dengan betul. Hehehe…